ILHAM PERKAHWINAN ANDA

Burung nuri hinggap di balai......Balai seri buatan pak tua.....Tempat berehat rakan dan taulan.....Duduk tersenyum kedua mempelai..... Menadah tangan memanjatkan doa..... Bersaksikan hebatnya cinta nan satu....Moga jodoh sentiasa berkekalan…



Segalanya di sini...



Salam Sayang,


SinggahSanaKreatif


Monday, April 4, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN AZIE

Pada Majlis Perkahwinan ini, Azie memberi sepenuh kepercayaan bermula daripada majlis bertunang sehingga bersanding kepada singgahsanakreatif untuk merekabentuk pelamin dan busana yang dikenakan dalam majlis tersebut. Singgahsanakreatif memadan-suai bajet yang diperuntukkan oleh pasangan pengantin setelah perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak. Itulah ilham pakej fleksibel singgahsanakreatif - Ilham Perkahwinan Anda... Kami penuhi setiap detik perkahwinan anda mengikut keinginan anda.




PAMERAN PENGANTIN TERBARU

Untuk berkongsi Ilham Perkahwinan Anda, singgahsanakreatif telah menyertai PAMERAN PENGANTIN anjuran Urbun Vibe Event. Ia merupakan pameran pengantin terbesar dan merupakan tempat sehenti untuk bakal pengantin. Pelbagai aktiviti seperti peragaan fesyen, jualan busana pengantin dan pelbagai pakej menarik.

Inilah gambar-gambar yang sempat dikongsi bersama-sama anda dengan persiapan masa yang terhad yang serba ringkas sempat kami lakukan sebagai Ilham Perkahwinan Anda berkonsepkan putih-perak/silver.


POTPOURRI


PAKAIAN

COKLAT

CINCIN

BUAH





MOCK PELAMIN





CINTA EMA & ZALI

Saat-saat sentuhan terakhir gubahan hantaran satu cinta dua jiwa antara Ema & Zali di rumah Ema telah menjadikan persahabatan kami lebih rapat. Ema cukup risau apabila hasil hantaran yang disiapkan oleh dot-dot-dot tidak seperti diingini. Majlis Perkahwinan akan berlangsung keesokannya. Saya berteleku sepetang suntuk menyiapkan hantaran Ema dengan setiap keperluan yang sedia-ada. Cucuk dan letak ajelah... Begitu juga gubahan bunga lavender di penjuru pelamin. Nasib baik bunga tangan Ema (di-pose semasa akad nikah & bergambar sakan) dah saya siapkan awal sebelum Ema balik kampung.




Gubahan Bunga Lavender


Bunga Tangan pose (Lily putih-pink kesukaan Ema)




Friday, April 1, 2011

Segalanya Bermula Di Sini...

'Tersimpul sudah cinta sejati,

Impian diukir bersama kami...'



Penuhi detik kemewahan perkahwinan impian anda bersama kami di singgahsanakreatif – Ilham Perkahwinan Anda...


Kami mempunyai trademark tersendiri untuk setiap detik impian itu


PERCUMA!!!

Khidmat Perancang Perkahwinan (Merekacipta Konsep Perkahwinan); Bunga Manggar; Bantal Akad Nikah; dan Caj Pengangkutan (Lembah Klang Sahaja)


__________________________________________________________________


Pelbagai Konsep Rekaan Pelamin – Majlis Bertunang – Gubahan Hantaran Terkini – Alas Dulang & Dulang – Pakaian Persandingan – Perhiasan Aksesori Pengantin – Mekap – Pengacara Majlis – Tepak Sirih – Set Merenjis – Cenderahati Khas Tetamu – Kaki Bunga – Tempat Lilin – Kelengkapan Akad Nikah – Kamar Pengantin – Meja Pengantin - Jurugambar

__________________________________________________________________


Jika berminat sila hubungi saya.


Harga yang ditawarkan adalah fleksible mengikut kesesuaian bajet pengantin.


* Bagi tempahan gubahan hantaran, bunga tangan (flower hand bouquet) akan diberikan PERCUMA berharga RM50!!! Berbaloi-baloi!!!


* Pengendalian Majlis Sehingga SELESAI bagi pakej penuh perkahwinan