ILHAM PERKAHWINAN ANDA

Burung nuri hinggap di balai......Balai seri buatan pak tua.....Tempat berehat rakan dan taulan.....Duduk tersenyum kedua mempelai..... Menadah tangan memanjatkan doa..... Bersaksikan hebatnya cinta nan satu....Moga jodoh sentiasa berkekalan…



Segalanya di sini...



Salam Sayang,


SinggahSanaKreatif


Thursday, May 5, 2011

KEMBALI LAGI...

As salam rakan-rakan pengikut blog singgahsanakreatif...

Sorry, lama x update blog. Urusan kerja, karnival, mengacara majlis dan jumpa client.
Saya ingin berkongsi kisah duka seorang daripada my client ni, namanya Alya Adriana (bukan nama sebenar) telah putus tunang pada akhir April lepas. Kiranya segala perbincangan dan perancangan punah. Semua tempahan telah pun dibatalkan. Takdir penentu segalanya... Ikut perancangan Majlis Perkahwinan Adriana akan diadakan pada hujung bulan 6. Harap Adriana tabah menghadapi segala lakaran kehidupan ini. Cabaran juga buat weeding planner ye...

Kembali kita ke urusan majlis mempelai ni. Saya mula sibuk dengan mengacara/deal majlis perkahwinan iaitu:
  • 2 May (Isnin lepas) di Dewan MBSA
  • Pada 28 - 29 May (malam berinai dan bersanding) di Bentong, Pahang - Ni majlis anak saudara YAB. DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB, Menteri Besar Pahang. Fuhhh...

  • 2 majlis pada 18 Jun malam di Dewan Merak Kayangan FELDA dan Dewan Sri Endon, Putrajaya

  • Lagi 1 pada 17 Disember di Hotel De Palma Shah Alam (+ gubahan hantaran). Ni my immediate boss punya.

Yang majlis 18 Jun ni memeningkan kepala sebab pada waktu yang sama. Berbelah bagi tuk pilih yang mana perlu prioriti. Yang di Dewan Merak Kayangan FELDA ni rakan sekerja yang telah booking pada bulan lepas. Manakala yang di Dewan Sri Endon pula, my BIG boss. Huhu... Baru cakap semalam. Jika fikir biz, prioriti pada yang tempah awal. Tapi jika fikir relationship, boss la. So apa pendapat u guyz?

Untuk tempahan weeding terbaru ialah:
  1. Majlis bertunang pada bulan depan dan bersandingnya pada awal tahun hadapan

  2. Yang 1 pasangan pula ni tarikh cantik iaitu 11/11/11, nun di utara Penang. Perkahwinan konsep Kesultanan Melayu. Pening memikir... Kena feel lebih tengok cerita PGL ni.

  3. Gubahan Hantaran untuk jiran sebelah rumah tuk kedua-dua belah lelaki dan perempuan. Adik dia kahwin juga 11/11/11. Konsep dicadangkan oleh singgahsanakreatif...

So hope u guyz alwayz support singgahsanakreatif dan saya turut mendoakan kebahagian serta jodoh yang kekal tuk anda semua.

TERBARU!!! singgahsanakreatif dah link blog dengan http://www.anncreationandtouch.blogspot.com/ untuk sentuhan magis make up oleh Anne. Klik dulu link ni, baru tahu sentuhan tu.


Jumpa lagi... TK.