ILHAM PERKAHWINAN ANDA

Burung nuri hinggap di balai......Balai seri buatan pak tua.....Tempat berehat rakan dan taulan.....Duduk tersenyum kedua mempelai..... Menadah tangan memanjatkan doa..... Bersaksikan hebatnya cinta nan satu....Moga jodoh sentiasa berkekalan…



Segalanya di sini...



Salam Sayang,


SinggahSanaKreatif


Thursday, August 18, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,



Terlalu lama singgahsanakreatif tak dikemaskini. Sibuk dengan urusan kerja, balik kampung, berbuka puasa dan mencari barang-barang hantaran.



Namun, belum terlewat untuk saya mengucapkan,



Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah

Bila salah & Khilaf telah terjadi maka

Mohon Maaf Lahir & Batin atas kesalahan...

'Marhaban Ya Ramadhan'

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Semoga kita selalu diberkahi di bulan yang penuh mahrifah


&


Di kesempatan ini jua, kepada semua follower singgahsanakreatif, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KELUARGA TERCINTA dan BERHATI-HATI DI JALANRAYA.

Thursday, May 5, 2011

KEMBALI LAGI...

As salam rakan-rakan pengikut blog singgahsanakreatif...

Sorry, lama x update blog. Urusan kerja, karnival, mengacara majlis dan jumpa client.
Saya ingin berkongsi kisah duka seorang daripada my client ni, namanya Alya Adriana (bukan nama sebenar) telah putus tunang pada akhir April lepas. Kiranya segala perbincangan dan perancangan punah. Semua tempahan telah pun dibatalkan. Takdir penentu segalanya... Ikut perancangan Majlis Perkahwinan Adriana akan diadakan pada hujung bulan 6. Harap Adriana tabah menghadapi segala lakaran kehidupan ini. Cabaran juga buat weeding planner ye...

Kembali kita ke urusan majlis mempelai ni. Saya mula sibuk dengan mengacara/deal majlis perkahwinan iaitu:
  • 2 May (Isnin lepas) di Dewan MBSA
  • Pada 28 - 29 May (malam berinai dan bersanding) di Bentong, Pahang - Ni majlis anak saudara YAB. DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB, Menteri Besar Pahang. Fuhhh...

  • 2 majlis pada 18 Jun malam di Dewan Merak Kayangan FELDA dan Dewan Sri Endon, Putrajaya

  • Lagi 1 pada 17 Disember di Hotel De Palma Shah Alam (+ gubahan hantaran). Ni my immediate boss punya.

Yang majlis 18 Jun ni memeningkan kepala sebab pada waktu yang sama. Berbelah bagi tuk pilih yang mana perlu prioriti. Yang di Dewan Merak Kayangan FELDA ni rakan sekerja yang telah booking pada bulan lepas. Manakala yang di Dewan Sri Endon pula, my BIG boss. Huhu... Baru cakap semalam. Jika fikir biz, prioriti pada yang tempah awal. Tapi jika fikir relationship, boss la. So apa pendapat u guyz?

Untuk tempahan weeding terbaru ialah:
  1. Majlis bertunang pada bulan depan dan bersandingnya pada awal tahun hadapan

  2. Yang 1 pasangan pula ni tarikh cantik iaitu 11/11/11, nun di utara Penang. Perkahwinan konsep Kesultanan Melayu. Pening memikir... Kena feel lebih tengok cerita PGL ni.

  3. Gubahan Hantaran untuk jiran sebelah rumah tuk kedua-dua belah lelaki dan perempuan. Adik dia kahwin juga 11/11/11. Konsep dicadangkan oleh singgahsanakreatif...

So hope u guyz alwayz support singgahsanakreatif dan saya turut mendoakan kebahagian serta jodoh yang kekal tuk anda semua.

TERBARU!!! singgahsanakreatif dah link blog dengan http://www.anncreationandtouch.blogspot.com/ untuk sentuhan magis make up oleh Anne. Klik dulu link ni, baru tahu sentuhan tu.


Jumpa lagi... TK.

Monday, April 4, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN AZIE

Pada Majlis Perkahwinan ini, Azie memberi sepenuh kepercayaan bermula daripada majlis bertunang sehingga bersanding kepada singgahsanakreatif untuk merekabentuk pelamin dan busana yang dikenakan dalam majlis tersebut. Singgahsanakreatif memadan-suai bajet yang diperuntukkan oleh pasangan pengantin setelah perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak. Itulah ilham pakej fleksibel singgahsanakreatif - Ilham Perkahwinan Anda... Kami penuhi setiap detik perkahwinan anda mengikut keinginan anda.




PAMERAN PENGANTIN TERBARU

Untuk berkongsi Ilham Perkahwinan Anda, singgahsanakreatif telah menyertai PAMERAN PENGANTIN anjuran Urbun Vibe Event. Ia merupakan pameran pengantin terbesar dan merupakan tempat sehenti untuk bakal pengantin. Pelbagai aktiviti seperti peragaan fesyen, jualan busana pengantin dan pelbagai pakej menarik.

Inilah gambar-gambar yang sempat dikongsi bersama-sama anda dengan persiapan masa yang terhad yang serba ringkas sempat kami lakukan sebagai Ilham Perkahwinan Anda berkonsepkan putih-perak/silver.


POTPOURRI


PAKAIAN

COKLAT

CINCIN

BUAH





MOCK PELAMIN





CINTA EMA & ZALI

Saat-saat sentuhan terakhir gubahan hantaran satu cinta dua jiwa antara Ema & Zali di rumah Ema telah menjadikan persahabatan kami lebih rapat. Ema cukup risau apabila hasil hantaran yang disiapkan oleh dot-dot-dot tidak seperti diingini. Majlis Perkahwinan akan berlangsung keesokannya. Saya berteleku sepetang suntuk menyiapkan hantaran Ema dengan setiap keperluan yang sedia-ada. Cucuk dan letak ajelah... Begitu juga gubahan bunga lavender di penjuru pelamin. Nasib baik bunga tangan Ema (di-pose semasa akad nikah & bergambar sakan) dah saya siapkan awal sebelum Ema balik kampung.




Gubahan Bunga Lavender


Bunga Tangan pose (Lily putih-pink kesukaan Ema)




Friday, April 1, 2011

Segalanya Bermula Di Sini...

'Tersimpul sudah cinta sejati,

Impian diukir bersama kami...'



Penuhi detik kemewahan perkahwinan impian anda bersama kami di singgahsanakreatif – Ilham Perkahwinan Anda...


Kami mempunyai trademark tersendiri untuk setiap detik impian itu


PERCUMA!!!

Khidmat Perancang Perkahwinan (Merekacipta Konsep Perkahwinan); Bunga Manggar; Bantal Akad Nikah; dan Caj Pengangkutan (Lembah Klang Sahaja)


__________________________________________________________________


Pelbagai Konsep Rekaan Pelamin – Majlis Bertunang – Gubahan Hantaran Terkini – Alas Dulang & Dulang – Pakaian Persandingan – Perhiasan Aksesori Pengantin – Mekap – Pengacara Majlis – Tepak Sirih – Set Merenjis – Cenderahati Khas Tetamu – Kaki Bunga – Tempat Lilin – Kelengkapan Akad Nikah – Kamar Pengantin – Meja Pengantin - Jurugambar

__________________________________________________________________


Jika berminat sila hubungi saya.


Harga yang ditawarkan adalah fleksible mengikut kesesuaian bajet pengantin.


* Bagi tempahan gubahan hantaran, bunga tangan (flower hand bouquet) akan diberikan PERCUMA berharga RM50!!! Berbaloi-baloi!!!


* Pengendalian Majlis Sehingga SELESAI bagi pakej penuh perkahwinan

Tuesday, March 29, 2011

HANTARAN CAHAYA RINDU

Rekaan sample Hantaran Cahaya Rindu bertemakan hitam-putih.

Harga satu hantaran/dulang ialah RM90 - RM100 mengikut item pilihan pengantin. Jika pilihan fresh flower ialah RM120/dulang.




HANTARAN CAHAYA KASIH

Penuhi kemewahan gubahan hantaran dengan pelbagai rekaan yang mempunyai trademark tersendiri.

Sample hantaran dihiasi bunga kristal dan bunga perak. Tema warna ialah putih-perak/silver.

Harga satu hantaran/dulang RM120 dan ke atas mengikut item pilihan pengantin. Jika dihiasi fresh flower, harga ialah RM150/dulang.




Thursday, March 24, 2011

PELAMIN TERBARU

Konsep pelamin Majlis Bertunang dan bersanding. Semuanya @ singgahsanakreatif - Ilham Perkahwinan Anda...

Friday, March 18, 2011

PELAMIN 2011

Selain gubahan hantaran, pelbagai rekaan pelamin dengan kemewahan dekorasi mengikut kesesuaian bajet dan pilihan pengantin di singgahsanakreatif - 'Ilham Perkahwinan Anda'.








Thursday, January 13, 2011

HANTARAN CAHAYA CINTA

Assalamualaikum dan Salam Kebahagian... Ini adalah post pertama dalam singgahsanakreatif.blogspot.com - 'Ilham Perkahwinan Anda'.


Inilah gambar-gambar (oleh jurugambar amatur) gubahan hantaran yang saya hasilkan untuk Majlis Perkahwinan sepupu baru-baru ini. Tema warna ialah Hijau-Putih dan fresh flower.

TAFSIR AL-QURAN

HANTARAN KESELURUHAN

SIRIH JUNJUNG

SEPATU

PERSALINAN

PAKAIAN

CUPCAKE

COKLAT

BUKU

BUAH

* Kos keseluruhan gubahan hantaran ialah RM810.